Wednesday, April 25, 2007

Sinopsis

Kedamaian dan ketenangan hidup merupakan harapan setiap insan, bahkan jiwa manusia menginginkan agar kesenangan itu abadi dalam kehidupannya. Tidak selamanya langit itu cerah, kadang-kadang mendung mewarnai perjalanan hari, kerana ia merupakan permintaan suatu ketentuan. Begitu juga dalam kehidupan insan bahawa setiap penderitaan, dugaan dan kesengsaraan merupakan ketentuan Ilahi yang harus diterima dengan hati yang jernih.

Tidak ramai yang tahan dalam menerima ujian Allah SWT., mungkin kerana dorongan hawa nafsu yang cintakan kehidupan di dunia ini. Sesungguhnya sangat besar rahmat yang tersimpan di sebalik dugaan bagi insan yang sabar. Umar bin Abdul Aziz berkata, “tidak ada suatu nikmat yang dikurniakan Allah SWT., kepada seseorang, lalu diambil kembali nikmat tersebut sedangkan orang itu menerima takdir yang menimpa dirinya dengan sabar, melainkan Allah akan mengganti yang lebih baik bagi dirinya”.

Semoga buku ini bermanfaat bagi kita semua dalam menghadapi dugaan dan sentiasa menghiasi peribadi dengan sifat kesabaran, insya Allah.

Pengarang: Kasmuri Selamat
Kandungan: 232 m.s.
Terbitan : Pustaka Darul Nu'man
Harga: RM10.00

Tuesday, April 24, 2007

Sinopsis

Sikap anda menggambarkan seluruh keperibadian dan perwatakan, samada anda menjadi orang disukai atau dibenci. Keperibadian menyatakan sesuatu yang terkandung di dalam diri seseorang merupakan biasan seluruh jatidiri. Mengenal diri sendiri bererti memahami akan hakikat diri, dengan demikian kita akan berbuat sesuai dengan pemahaman fitrah insaniah.

Secara fitrah, sesuatu itu harus terjadi pada diri kita sendiri apabila kita menginginkan perkara yang sama terjadi pada diri orang lain. Di dalam Al Quran dijelaskan "tidaklah kebaikan itu dibalas, melainkan dengan kebaikan pula". Jika ingin dihargai, hendaklah terlebih dahulu menghargai orang lain, agar terjalin keharmonian dan kedamaian sehingga terbina keperibadian positif dan cemerlang.

Semoga buku ini menjadi panduan dalam membimbing diri menuju akhlak dan peribadi mulia dalam memahami hakikat jatidiri, insya Allah.

Pengarang : Nina Kirana
Kandungan : 144 m.s.
Terbitan : Pustaka Darul Nu'man
Harga: RM6.00

Talfiq

Sinopsis

Mengapa anda perlu memiliki buku ini? Mazhab Syafie adalah mazhab yang diamalkan oleh sebahagian besar umat Islam di Malaysia. Oleh sebab itu, ramai yang menganggap inilah satu-satunya mazhab yang terbaik. Tetapi, sedarkah anda bahawa anda sebenarnya bukanlah seratus peratus mengamalkan Mazhab Syafie? Tanpa anda sedari, anda sebenarnya telah banyak mengamalkan percampuran mazhab dalam kehidupan seharian.

Contohnya, Zakat Fitrah, Imam Syafie menyatakan bahawa Zakat Fitrah itu hanya sah dibayar dengan beras dan gandum. Tetapi, kita dibolehkan membayarnya dengan wang tunai mengikut Mazhab Hanafi.Inilah yang dikatakan Talfiq. Selain zakat, TalfiQ juga telah banyak diamalkan dalam masalah lain seperti nikah kahwin, ibadat, muamalat dan sebagainya.

Pengarang : Ustaz Maszlee Malik
Kandungan :144
Terbitan : Alaf 21 Sdn Bhd
Harga : RM 7.00

Penawar Mengatasi Lemah Iman

Sinopsis

Iman ibarat air laut, kadangkala pasang dan kadangkala surut. Iman juga bagaikan awan yang menutupi cahaya bulan, sehingga cahaya sinarannya terhalang. Selagi awan yang menutupinya tidak tersingkir, selama itulah bulan umpama ditutup tabir. Begitu pula hati orang mukmin, pada masa tertentu diselimuti kabus yang gelap berbentuk perbuatan kederhakaan akhirnya imannya menjadi lemah. Jika iman telah lemah akan bertambahlah keingkaran hati dan fikiran.

Hakikat sebenar iman ialah akidah yang digenggam erat, dipegang teguh dan disimpul mati. Memenuhi dan menguasai seluruh rongga hati, terpancar sinar dalam perbuatan dan tingkah laku umpama kemestian matahari memancarkan sinarnya. Maka untuk mengatasi gangguan dan kehancuran lemah iman diperlukan kekuatan nurani. Sesungguhnya penawar dalam mengatasi lemah iman adalah dengan menambah ketaatan dan meninggalkan segala kemungkaran .

Semoga buku ini menjadi panduan dalam mengikis noda dosa yang bersarang dalam hati sekaligus memberi formula penawar mengatasi lemah iman seseorang, insya Allah.

Pengarang : Kasmuri Selamat
Kandungan : 220 m.s.
Terbitan : Pustaka Darul Nu'man
Harga: $10.00

Tasauf Moden

Sinopsis

Orang yang redha dan sukacita bilamana ia melihat alam sekelilingnya, timbullah kesenangan dan kegembiraan. Kesenangan dan kegembiraan hati itu adalah pangkal jalan menuju bahagia. Redha menghilangkan cela dan aib.

Lantaran redha telah lekat di hati, kalau ada cela itu akan lupa dalam fikiran; kalau ada cacat, cacatnya tidak disedari. Hal itu bukannya disebabkan kebodohan dan gila, tetapi sudah dasar 'redha' demikian adanya. Redha tabiatnya pemaaf dan benci tabiatnya tidak adil.

Berhadapan dengan hati yang dukacita, tegaklah perasaan redha. Berdekatan dengan hati yang duka, tegak pula rasa benci.


Pengarang : Prof Dr. Hamka
Kandungan : 392 m.s
Terbitan : Pustaka Darul Nu'man
Harga : RM15.00

Ilham, Kasyaf & Mimpi

Sinopsis

Ilham adalah perasaan yang boleh membezakan antara hak dan batil yang dicampakkan ke dalam jiwa. Kasyaf merupakan kemampuan untuk menyingkapkan perkara tersembunyi, bukan dengan cara biasa. Ilham dan kasyaf termasuk karamah Allah limpahkan kepada sebahagian kekasihNya yang bertakwa. Begitu juga mimpi, ianya merupakan berita-berita yang mengembirakan atau menyedihkan. Antara ilham, kasyaf dan mimpi, jika datangnya dari Allah SWT maka ia suatu kebenaran.

Sebaliknya jika ia datang dari syaitan dan nafsu, maka ia akan menyesatkan. Sebahagian golongan pelampau dari kalangan tasauf menjadikan perasaan dan lintasan hati serta sesuatu yang diilhamkan secara sedar atau dalam mimpi sebagai dalil yang dijadikan hujah ke atas amalan dan ucapan mereka. Dengan alasan, ia sebagai wahyu yang ma'sum yakni terpelihara. Adakalanya golongan ini menjadikan kasyaf, ilham dan mimpi sebagai hujah kepada hukum syarak. Ini jelas satu bentuk kesesatan yang nyata.

Buku ini menghuraikan secara jelas dan terperinci tentang kedudukan ilham, kasyaf dan mimpi. Semoga ada manfaatnya bagi umat Islam seluruhnya, insya Allah.
Pengarang : Dr Yusuf Al Qardawi
Kandungan : 240 m.s
Terbitan : Pustaka Darul Nu'man
Harga : RM9.00

Tafsir Mimpi

Sinopsis

Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertakwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku, kerana Rasulullah tidak bermimpi melainkan mimpi baginda menjadi kenyataan. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan.


Dalam suatu riwayat dikisahkan, seorang wanita bertanya,"Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya bermimpi melihat sebahagian tubuh baginda berada di rumahku".Baginda menjawab, "Sesungguhnya Fatimah akan melahirkan seorang anak lelaki, kemudian engkau yang akan menyusukannya". Tidak lama kemudian Fatimah melahirkan Hussein dan disusukan oleh wanita tersebut. Sesungguhnya mimpi itu dapat ditafsirkan, namun tidak semua orang mampu menafsirkan kebenarannya.


Semoga buku ini dapat membantu dalam menjawab makna mimpi anda, insya Allah.

Pengarang : Ibni SIrin
Kandungan : 312 m.s
Terbitan : Pustaka Darul Nu'man
Harga : RM12.00